Sempena
kedatangan Aidilfitri dan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-55 pada 31 Ogos 2012
yang akan datang, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Syarikat Thong Guan
Trading Sdn Bhd telah mengambil inisiatif ini untuk meraikannya bersama para
pengunjung Menara Kuala Lumpur dengan mengadakan “Merdeka Aildilfitri Belanja
dan Menang @ Menara Kuala Lumpur”.
Pertandingan
ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berkunjung ke Menara Kuala Lumpur
dengan membeli mana-mana tiket ke Pelantar Pemandangan (Tower Head 01) Menara
Kuala Lumpur mulai 1 hingga 31 Ogos 2012.
Para
peserta berpeluang memenangi hadiah utama yang merupakan hamper gergasi
setinggi 7 kaki sebagai simbol Menara Kuala Lumpur iaitu menara telekomunikasi
ke-7 tertinggi di dunia dan 10 hadiah saguhati yang merupakan hamper bernilai
RM100 setiap satu.
Jadi,
jangan ketinggalan untuk bersama-sama keluarga ke Menara Kuala Lumpur, pastikan
anda berkunjung ke Menara Kuala Lumpur pada musim perayaan ini.
Untuk
keterangan lanjut sila hubungi talian 03–20721219 atau 03-20205444 atau layari
laman web www.menarakl.com.my atau
Facebook rasmi Menara Kuala Lumpur www.facebook.com/officialmenarakl.
Bagi pihak Menara Kuala Lumpur
Komunikasi Korporat Kumpulan
Telekom Malaysia Berhad
warna-warni saedah
No comments:
Post a Comment