Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan ‘Durian Party@Muzium
Telekom’ bermula dari 19 hingga 21 Disember 2012 di Muzium Telekom.
Ini adalah merupakan acara tahunan bagi Muzium Telekom semenjak ianya
diperkenalkan pada empat tahun yang lalu.
Objektif utama penganjuran ‘Durian Party@Muzium Telekom’
adalah untuk menarik minat warga Malaysia untuk menikmati keenakan buah-buahan
tempatan dan produk tani tempatan di samping bertujuan memperkenalkan
buah-buahan tempatan kepada para pelancong terutamanya dari luar negara.
Para pengunjung berpeluang menikmati buah durian, rambutan dan manggis
sebanyak mungkin apabila menyertai promosi ‘Makan Sehingga Kenyang’ dengan
pakej RM15.00 dan RM5.00 untuk kanak-kanak yang berumur dari 6 hingga 12 tahun.
Istimewa untuk Warga TM, kami menawarkan pakej RM10.00 untuk Dewasa dan Warga
Emas.
Pelbagai gerai jualan menanti para pengunjung yang ingin membeli produk
hasil durian seperti serawa, jem, ais krim, lempuk dan tempoyak. Ruang informasi dan pameran juga ada dibuka yang
mempamerkan maklumat terperinci mengenai pokok dan buah durian.
Selain daripada buah durian, FAMA juga akan menyediakan gerai-gerai
buah-buahan tempatan yang lain seperti rambutan, manggis, pulasan, dokong, buah
naga, pisang, ciku dan jambu batu yang dijual dengan harga berpatutan.
‘Durian Party@Muzium Telekom’ ini dibuka secara percuma kepada pengunjung
mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.
Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai ke ‘Durian
Party@Muzium Telekom’ untuk menikmati keenakan buah-buahan tempatan yang segar.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2072 1219 atau
03-2020 5499 dan layari laman sesawang www.menarakl.com.my
atau “like” facebook di www.facebook.com/officialmenarakl.
warna-warni saedah
No comments:
Post a Comment