Nuffnang ads

Thursday, 4 October 2012

chocolate moist cake in cup

salam,

lame x update blog... lately bz sgt gi training last 3 days....
ni nak share resepi chocolate cake moist yang saya buat last weekend for my cousin.
credit to http://sue-hasue.blogspot.com for the resepi.....
yummy2....bahan yang sama just guna cup yang kecik2 sbb lg comel....

resepi  n cara2 penyediaan

Resepi Asal: Chef Zubaidah
By: Alongroz@myresipi.com
Olahan:HaSue@sue-hasue.blogspot.com


Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum >hasue guna tepung hong kong
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus ( saya guna cup cake kecil-masak dalam 10 minit jer)
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

Penyediaan chocolate ganache:
Bahan2:
  • 150g coklat masakan
  • 65ml whipping cream
  • 1 sudu teh mentega
Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya. (for extra, saya letak badam n colour rice untuk menyedapkan n mencantikkan lagi my kek)
ni ialah hasil nya..... tada......


inilah hasilnya..... licin...yummy2... thumbs up for the resepi

warna-warni saedah


No comments: