salam
Buat julung kalinya Menara Kuala Lumpur dan Jabatan Warisan
Negara dengan kerjasama Starbucks Malaysia akan menganjurkan acara
Explorasi Warisan 2012 pada 3 hingga 4 November 2012. Pertandingan mencabar ini
akan bermula semasa sesi taklimat pada 2 November 2012 di Muzium Telekom di
mana para peserta akan melakukan aktiviti dan menjawab soalan berkenaan Galeri
Muzium Telekom.
Acara ini diteruskan pada keesokkan harinya di Menara Kuala Lumpur
dan berakhir di Menara Alor Setar.
Para peserta akan berpeluang menerokai khazanah Warisan Negara di
sepanjang perjalanan mereka dengan mencari jawapan dan melakukan aktiviti
mencari harta karun. Penyertaan terbuka kepada 50 kenderaan pertama yang
berdaftar dan peserta adalah terdiri daripada 2 - 4 orang peserta bagi setiap
kenderaan. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM180.00 seorang dan setiap
penyertaan akan menerima T-shirt acara, sijil penyertaan, penginapan 2 hari 1
malam di Fuller Hotel beserta sarapan, jamuan makan malam, lawatan percuma ke
Pelantar Pemandangan Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar serta Muzium
Telekom dan barangan cenderahati dari Starbuck Malaysia, Adabi, 100Plus dan
banyak lagi.
Jangan ketinggalan untuk menyertai acara yang menguji minda dan
ketahanan fizikal serta aktiviti yang menyeronokkan ini, di samping berpeluang
memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM25,000.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2072 1219 atau 03-
2020 5499 dan layari laman sesawang www.menarakl.com.my
atau facebook di www.facebook.com/officialmenarakl.
warna-warni saedah
No comments:
Post a Comment