Nuffnang ads

Thursday 11 October 2012

Eksplorasi Warisan 2012


salam

Buat julung kalinya Menara Kuala Lumpur dan Jabatan Warisan Negara  dengan kerjasama Starbucks Malaysia akan menganjurkan acara Explorasi Warisan 2012 pada 3 hingga 4 November 2012. Pertandingan mencabar ini akan bermula semasa sesi taklimat pada 2 November 2012 di Muzium Telekom di mana para peserta akan melakukan aktiviti dan menjawab soalan berkenaan Galeri Muzium Telekom.

Acara ini diteruskan pada keesokkan harinya di Menara Kuala Lumpur dan berakhir di Menara Alor Setar.

Para peserta akan berpeluang menerokai khazanah Warisan Negara di sepanjang perjalanan mereka dengan mencari jawapan dan melakukan aktiviti mencari harta karun. Penyertaan terbuka kepada 50 kenderaan pertama yang berdaftar dan peserta adalah terdiri daripada 2 - 4 orang peserta bagi setiap kenderaan. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM180.00 seorang dan setiap penyertaan akan menerima T-shirt acara, sijil penyertaan, penginapan 2 hari 1 malam di Fuller Hotel beserta sarapan, jamuan makan malam, lawatan percuma ke Pelantar Pemandangan Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar serta Muzium Telekom dan barangan cenderahati dari Starbuck Malaysia, Adabi, 100Plus dan banyak lagi.

Jangan ketinggalan untuk menyertai acara yang menguji minda dan ketahanan fizikal serta aktiviti yang menyeronokkan ini, di samping berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM25,000.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2072 1219 atau 03- 2020 5499 dan layari laman sesawang www.menarakl.com.my atau facebook di www.facebook.com/officialmenarakl.


warna-warni saedah

No comments: