Nuffnang ads

Monday 31 December 2012

Pelamin DIY

salam,

herm...... satu keluhan yang panjang..... bukan ape tersangat la
penat weekend lepas... hari ni kena kerja.
pape pun... congratz to my lovely cousin sebab selamat bertunang semalam.
seperti yang dijanjikan before... nak update gambar pelamin yang we all buat for her.
if terlupa tutorial buat bunga n paper fan boleh click paper fan @ big roses

jom layan pic






warna-warni saedah

Thursday 27 December 2012

Grand Lexis... executive pool villa

salam,

entry tengah pagi2 buta ni pasal bercuti hari tu.....
mase bercuti tersangat la best.... dah blk bercuti badan terasa la penat....
baju jgn cakap.... banyak nk basuh untuk 3 hari stay kat sane....
nak cuti lagi boleh???

jom layan pic bercuti kali ni pulak...
last entry pergi grand pool villa, this time down grade cikit g executive pool villa...
for me grand pool villa lebih berbaloi coz bilik lebih besar n slesa..
pool pun lebih besar n ade space tepi pool yang boleh jadi tempat picnic....

 design same jer mcm grand pool villa 

 kitchen... 

 toilet ..... 

 boleh terus terjun from kitchen @ toilet/dressing area

 pool area






 hasil tangkapan for 1st day

warna-warni saedah




Tuesday 18 December 2012

Vacation??? Jom

salam,....
 ni last entry for this week....
yeah... nk g bercuti ngan en.hubby n salsabila....
can't wait to rest my mind, body n soul....
Grand Lexis here i come.....
nnt sy upload more pic this time.....


warna-warni saedah

D.I.Y Paper Fan Pelamin tutorial

salam,

hari ni nak share tutorial buat Paper Fan untuk pelamin...
 jom layan .......

 - setiap kipas perlu 2 kertas
- fold and cut paper into half

 lipat kertas tadi seperti diatas.

 gamkan setiap hujung lipatan dan bentuk lipatan.

 ratakan kertas lipatan dengan menekan bahagian tengah. letakan kertas yang digunting bulat untukmenutup lubang antara lipatan

 inilah hasilnya... tadaa..!!!

*insyallah nnt my cousin engagement day saya akan upload gambar pelamin.

warna-warni saedah

Monday 17 December 2012

Jom Makan Durian Sempena 'Durian Party@Muzium Telekom

salam,


Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan ‘Durian Party@Muzium Telekom’ bermula dari 19 hingga 21 Disember 2012 di Muzium Telekom.

Ini adalah merupakan acara tahunan bagi Muzium Telekom semenjak ianya diperkenalkan pada empat tahun yang lalu.

Objektif utama penganjuran ‘Durian Party@Muzium Telekom’ adalah untuk menarik minat warga Malaysia untuk menikmati keenakan buah-buahan tempatan dan produk tani tempatan di samping bertujuan memperkenalkan buah-buahan tempatan kepada para pelancong terutamanya dari luar negara.

Para pengunjung berpeluang menikmati buah durian, rambutan dan manggis sebanyak mungkin apabila menyertai promosi ‘Makan Sehingga Kenyang’ dengan pakej RM15.00 dan RM5.00 untuk kanak-kanak yang berumur dari 6 hingga 12 tahun. Istimewa untuk Warga TM, kami menawarkan pakej RM10.00 untuk Dewasa dan Warga Emas.

Pelbagai gerai jualan menanti para pengunjung yang ingin membeli produk hasil durian seperti serawa, jem, ais krim, lempuk dan tempoyak. Ruang informasi dan  pameran juga ada dibuka yang mempamerkan maklumat terperinci mengenai pokok dan buah durian.

Selain daripada buah durian, FAMA juga akan menyediakan gerai-gerai buah-buahan tempatan yang lain seperti rambutan, manggis, pulasan, dokong, buah naga, pisang, ciku dan jambu batu yang dijual dengan harga berpatutan. 

‘Durian Party@Muzium Telekom’ ini dibuka secara percuma kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai ke ‘Durian Party@Muzium Telekom’ untuk menikmati keenakan buah-buahan tempatan yang segar.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2072 1219 atau 03-2020 5499 dan layari laman sesawang www.menarakl.com.my atau “like” facebook di www.facebook.com/officialmenarakl.


warna-warni saedah

Thursday 13 December 2012

Little Taiwan

salam,

hari tu me n en.hubby g AEON bandaraya Melaka....
agak kemalasan pulak nk masak....
so en.hubby ajak g makan kat little Taiwan.....
herm... for me makanan dia agak sedap... tapi nak pergi lg tapi nk try
diff dishes plak....
jom layan gambar makanan pepagi ni.....

cheers!!!!

 the menu....
 drink - for me mango juice n en.hubby yam pearl
 en.hubby - three treasure beef rice set - RM 18.90 

 me- salted chicken roll rice set - RM14.90

pan-fried dumpling - RM 6.90

*p/s - harga kat little taiwan ni mmg acceptable n affordable...

warna-warni saedah

Sunday 9 December 2012

Yellow Big Rose

salam,

yellow edition for my cousin DIY pelamin during her engagement...
hopefully final review on the pelamin will look gorgeous as been plan....
isnyallah....

have a look!!!!



*p/s : fo B2B u'olls should try it!!!
fun n easy.....enjoy!!!

warna-warni saedah

Saturday 8 December 2012

Bunga Telur 2013 - Tema Biru

salam.....

just nak update kat sini bout bunga telur...
this time tema - biru... khas buat Cik Ajue...
if berminat.... click here - more pic available

jom layan gambar...


warna-warni saedah

Friday 7 December 2012

Big Rose Tutorial

salam,

it's been a while my blog in silent status.....
lately ni b'z tersangat2 la dengan SIRIM audit n bla bla bla....
so x berkesempatan nak update blog....
so hari ni, nk share tutorial on how to make ur own big rose....
jom layan pic....


    potong kertas seperti diatas......



gamkan kertas piece by piece (dalam 6 keping) - pastu continue dengan heart shape - ikut u'olls nk berape kembang... camtumkan sampai jadi seperti dibawah......

 hasilnya... tadaa!!!!!!

*p/s - bungan bunga ni for my cousin yg nak bertunang end of DEC ni....
nnt saya upload the D.I.Y pelamin... hasil kerja kami da cousinz association...huhuhuhu

warna-warni saedah 

Thursday 22 November 2012

Kebaikan Timun

salam.....

just wanna share the benefits of cucumber.....


source : 99diet.com

warna-warni saedah

Perbezaan RM50 palsu dan tulen.

salam....

pagi-pagi ni terbaca pasal penipuan duit RM50....
so ape lagi cepat2 check purse tengok duit tu palsu ke betul....
hehehehe nasib baik betul... sekarang ni macam2 penipuan ada...
kita yang tak bersalah ni pun takut tertipu jer.... mane la tau pergi kedai pastu tu
dah amik barang banyak2 bila casher tengok duit yang kita bagi palsu....
tak ke naye.... betul tak... so,
entry kali ni saya nak berkongsi bagaimana nak bezakan duit palsu dengan duit....

jom tengok duit dan bandingkan :




The holographic stripe only present on genuine notes.








The 50th Merdeka year logo.



























source : en.google

warna-warni saedah

Wednesday 21 November 2012

Keajaiban Peperangan Di Gaza

salam,

semua pun tahukan pasal peperangan antara Israel dan tentera Islam di Gaza.
Sedih sgt2 tengok gambar anak2 kecil yang syahid di sana.
memang x berperikemanusiaan lansung tentera Israel ni....
hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnye.
jom kita ramai2 mendoakan kehancuran untuk tentera Israel.

Nak share perkara-perkara ajaib yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin.

berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Allahu Akbar!!!

p/s : Teruskan berdoa untuk mereka








sumber: en.google 





warna-warni saedah

Monday 19 November 2012

Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih

salam,

hari ni saya nak tambah kenalan dengan join Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih.jom kita ramai2 BW. tambahkan kenalan dan eratkan silaturahim......


untk syarat-syarat click sini

warna-warni saedah

Friday 16 November 2012

Tempahan Bunga Telur

salam,

Pemberitahuan......
Mulai hari ini saya akan mengambil tempahan bunga telur
untuk semua majlis samada pertunangan, perkahwinan @ majlis cukur jambul.
untuk yang hendak buat tempahan, hendaklah memberitahu tema warna majlis anda
bagi memudahkan saya untuk memenuhi kehendak anda.
tempahan hendaklah dibuat 2 MINGGU sebelum majlis @ selewat-lewatnya 1 MINGGU sebelum majlis
(depends - boleh berbincang)
bayaran hendaklah dibuat sebanyak 50% untuk deposit.
dan lebihnya selepas selesai persiapan - before parcel dihantar (akan diberitahu)
 kalau anda berminat untuk membuat tempahan
boleh call saya terus di no. ini - 013-4897161 - saedah

*more item will be insert/review at cherryblossombeadsdesign.blogspot.com

warna-warni saedah

Bunga Telur 2013 _ Final Part

salam,

nak share pulak for my 2nd edition untuk bunga telur my cousin.
1st entry hari tu 1st version ni version yang lain n combain the whole version.

jom layan gambar :







*p/s - boleh order/review more item di cherryblossombeadsdesign.blogspot.com
warna-warni saedah

Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah

salam,

ingin mengucapkan salam Maal Hijrah 1434H kepada semua dengan iringan doa semoga
Allah S.W.T menerima amalan kita dan menempatkan kita dalam golongan yang
dilimpahi rahmatNYA. Amin....

doa awal dan akhir tahun untuk dikongsi bersama :


warna-warni saedah