Nuffnang ads

Monday 17 December 2012

Jom Makan Durian Sempena 'Durian Party@Muzium Telekom

salam,


Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan ‘Durian Party@Muzium Telekom’ bermula dari 19 hingga 21 Disember 2012 di Muzium Telekom.

Ini adalah merupakan acara tahunan bagi Muzium Telekom semenjak ianya diperkenalkan pada empat tahun yang lalu.

Objektif utama penganjuran ‘Durian Party@Muzium Telekom’ adalah untuk menarik minat warga Malaysia untuk menikmati keenakan buah-buahan tempatan dan produk tani tempatan di samping bertujuan memperkenalkan buah-buahan tempatan kepada para pelancong terutamanya dari luar negara.

Para pengunjung berpeluang menikmati buah durian, rambutan dan manggis sebanyak mungkin apabila menyertai promosi ‘Makan Sehingga Kenyang’ dengan pakej RM15.00 dan RM5.00 untuk kanak-kanak yang berumur dari 6 hingga 12 tahun. Istimewa untuk Warga TM, kami menawarkan pakej RM10.00 untuk Dewasa dan Warga Emas.

Pelbagai gerai jualan menanti para pengunjung yang ingin membeli produk hasil durian seperti serawa, jem, ais krim, lempuk dan tempoyak. Ruang informasi dan  pameran juga ada dibuka yang mempamerkan maklumat terperinci mengenai pokok dan buah durian.

Selain daripada buah durian, FAMA juga akan menyediakan gerai-gerai buah-buahan tempatan yang lain seperti rambutan, manggis, pulasan, dokong, buah naga, pisang, ciku dan jambu batu yang dijual dengan harga berpatutan. 

‘Durian Party@Muzium Telekom’ ini dibuka secara percuma kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai ke ‘Durian Party@Muzium Telekom’ untuk menikmati keenakan buah-buahan tempatan yang segar.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2072 1219 atau 03-2020 5499 dan layari laman sesawang www.menarakl.com.my atau “like” facebook di www.facebook.com/officialmenarakl.


warna-warni saedah

No comments: