Hari ni saya baru tahu mengenai kewujudan pokok Yahudi. Itu pun
officemate yang bgtau. Ape yang menarik sangat mengenai pokok ini?? Jom
bace article mengenai pokok ini. Info ini diambil dari http://www.maahadsas.edu.my
Rasulullah S.A.W
bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim
dan al-Tirmidhi bermaksud:
"Tidak
akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi.
Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi
di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara
'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah
bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia
merupakan pokok Yahudi". (no 7523 , riwayat Muslim)
Hadis
ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada
waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang
Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan
orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu
dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan
memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan
tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi
iaitu pohon yang bernama Gharqad.
Pada
ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara
berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera
Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang
tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan
dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam,
sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.
Ramai
juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pokok Gharqad. Ada yang menyatakan
bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok Rhu,
pokok Kaktus dan sebagainya. Gambar pokok Gharqad yang dipapar di sini insya
Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan
yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak
tumbuh di tempat kita.
Pokok
Gharqad adalah pokok African Boxthorn, dari keluarga Solanaceae. Ia sejenis
pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin. Dikategorikan
sebagai beracun, dan buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya
berdiameter 1 cm sahaja. Daun nya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan
berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.
Nama
Arabnya adalah Awsaj tetapi lebih popular dengan nama Gharqad di kalangan
orang-orang Arab.
Di
dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel
menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini
bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah
untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.
Laman
ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan
projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen
menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi
mengaburi agenda mereka di Palestin.
warna-warni saedah
No comments:
Post a Comment